Wak ni tak berapa minat nak cerita politik, walaupun lama dah berkecimpung di arena tu, lebih 20 tahun. Tapi jarang nak bercakap, takut nanti ada orang marah-marah pulak, maki hamun lagi, yang lagi takut Wak yang macam marah-marah dan emosi.
Cerita hijau putih dan biru muda, Wak ikuti juga dan bagi Wak diaorang tu melalak tak serupa bikin juga…CARI MAKANNNN. Kalau dapat memerintah, ada projek sapu dulu. perut dulu diutamakan, bukan rakyat diutamakan, macam kata PM dalam slogan satu malaysia. Satu ketika dulu Wak hampir terpedaya tapi tak kecundang, bila ceramah merapu puak-puak dia nak laksana Hukum Hudud, "sebelum ayam berkokok lagi,sebelum terbit matahari lagi, kami nak laksana Hudud", kata mereka dengan di iringi dengan "Takbirrr".Dah dapat sikit kuasa dah hilang dah suara tempikan yang menyeramkan bulu tengkok tu, tukar selogan dengan UMNO kafir, orang UMNO tak masuk Syurga, puak dia juga yang ajak bersatu , tokey dia kata ,pergi Jahanam
(nama Neraka juga) dengan UMNO dan lain-lain gelaran lagi. Kata orang jangan meludah ke langit nanti air ludah terkena muka.
Dapat Selangor umpama dapat gedung emas bukan lombong emas
(lombong kena gali dulu, dulang dulu) berbilion si Kair Toyo tinggalkan, pasal sial penyapu hilang sokongan.Sekarang dengar pula tentang arak boleh jual dimana-mana, kawalan sendiri, curi-curi beli tak apa, Itu Exco Agama tak nampak. ” Kalau dulu Takbir sekarang Take Bear”. Wak teringat dulu pengikut Al-Maunah rampas senjata di kem askar di Grik nak serang dan nak bom kilang Guiness Stout di Shah Alam , sekarang puak-puak diaorang ramai di Selangor tu, makin besar kilang dibuatnya.mana semangat Al-Maunah korang?. Sekarang, jual boleh beli jangan!.
Baru dapat Perak yang murah sikit, teringin bebeno nak duduk sedap-sedap dalam Camry, tukar status tanah dan lain-lain. Nasib baik UMNO dapat balek,
Dapat Pulau Pinang, macam-macam yang kita dengar, Cerita Kg.Buah Pala jadi Buah Mulut.
Kalau nak syurga, pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang, disana Tok Guru depa boleh bagi Syurga. Orang UMNO tak dapat syurga sebab tak laksana islam sebenar. Ambo nak tanya kat muh, tu yang berpuloh pati politik di Indonesia rata-rata orang islam yang jadi pengiktunya dan ketuanya juga orang islam, dasar perjuangannya sama macam UMNO, tak masuk syurga juga ke?.Hanya Allah yang berhak menentukan syurga dan 10 orang sahaja yang dijamin oleh Rasulullah masuk syurga tanpa hisab, yang lain tak konfem. Termasuk yang cakap. Nak ugut-ugut pulak.
Bila kerajaan cerita tentang islam dan kemajuan, ada Universiti Islam, ada Bank Islam, ada Jabatan Kemajuan Islam, ada masjid beso-beso dan lain-lain, depa kata itu kulit, kita nak isi. Kulit cantik isi tak cantik buat apa. Sebenarnya puak-puak dia yang banyak kat situ cari makan, kalau nak harap di negeri Serambi Mekah, rakyat dia orang ramai yang cari soru di negeri-negeri lain termasuk negeri pakatan beliau sendiri khasnya di Johor. Mana ada orang Johor kerja kilang di Kelantan tapi sebaleknya rakyat dema yang ramai-ramai datang . Diaorang bawak pengaruh Politik diaorang bukannya Islam. Seperkara lagi, pakai serban, pakai kupiah, pakai jubah tu janggut lagi,itu isi ke kulit?. Cuba tukar semua, pakai track suit, topi dan potong janggut, dak islam ke?. Sebenarnya siapa yang kulit?.
Wak suka makan manggis, walau rupa tak seberapa,isi putih dan rasanya manis!.