Wak baru balek dari ziarah kenalan meninggal dunia.Datuk umur 78 tahun.Anak kus semangat,ramai. Ramai juga anak-anak arwah yang wak kenal sebab rupa hampir-hampir sama, maklumlah sepusat sepusing . Cucu cicit memang ramai sebab penuh rumah bila masing-masing berebut nak cium aruahnya sebelum dibawa kekuburan, kalau di kumpulkan airmata wak rasa boleh basah kain tuala. Kesian dia lama juga mengidap angin ahmar, ya lah kafarah segala dosa dan kesalahannya yang telah lalu. Semuga Allah mengampunkan dosanya...Amin.
Lepas di siapka dua perkara wajib, mandi dan kafan,langsung dibawa kemasjid untuk disolati, sebab lalu depan masjid nak ke kampung akhirat,dirumah tak disembahyangi kerana rumah tak luas. Sampai masjid naik lah para pelawat untuk tugas fardu kifayah ketiga,penghormatan kali terakhir. Bersaf-saflah jamaah terdiri dari orang kampung,rakan kenalan dan ditambah pula dengan jamaah tabligh yang sedang iktikaf 3 hari dimasjid. Kira ok juga,lebih 40 orang . kata ustaz, kalau jenazah disolat labih 40 orang, ahli syurga khabarnya. Insya Allah. Biasalah nak betul-betulkan saf, sambil tu tolehlah kiri kanan kalau-kalau bengkok ke,adayang belum bersedia lagike, kurang sikit pahala nya nanti. Tapi yang wak kira hairan tak nampak pun anak-anak lelaki simati tu turut sama menyembahyangi.Lepas solat tu wak toleh-toleh juga lagi. tak nampak pun. Rupa-rupanya diaorang tunggu dalam kereta.Cuaca hari itu memang panas, lebih kurang jam 11.00 pagi. Usung keranda bapak ke van jenazah pun orang lain. Kesian bapak ye...dapat anak yang tak ada KUALITI.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)