HARAP BERSABAR, AKAN DI UPDATE BILA ADA MASA...BYE!

Thursday, August 13, 2009

PENGEMBARAAN IBN BATTUTAH VS ROMBONGAN KE INDONESIA

Wak sedang membaca beberapa kisah Pengembara Agung Rihlah Ibn Battutah 1304-1377. Buku setebal 967 muka surat adalah terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd . Karya terulung yang menyingkap wajah dunia sekitar 700 tahun. Sebuah karya warisan klasik dalam lipatan sejarah yang patut dibaca. Pengembaraan panjang sejauh 75,000 batu itu sesungguhnya tidak membawa apa-apa kecuali Islam sebagai bekalan dan kebenaran sebagai senjata.
Pengembaraan yang terpanjang dan penuh dramatik ini mengandungi pengajaran dan iktibar kepada seluruh lapisan masyarakat kerana diyakini dapat memberikan sumbangan idea dan pemikiran . Pengalaman yang tidak ternilai dicatat oleh Ibn Battutah semestinya boleh garap dan dijadikan asas pembentukan identiti serta daya maju masyarakat. Bak kata pepatah “Jauh perjalanan banyak pengalaman”, itulah ungkapan yang Wak boleh ucapkan kepada Pengembara Agung Ibn Battutah.

Hobby Wak suka makan angin bukan mengembara. Awal tahun lalu ke Sabah bersama 12 orang rakan. Pada 24 hingga 29 Julai 2009 lalu wak mengikuti rombongan ke Indonesia. Dari Senai menaiki pesawat ke Jakarta bersama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Guru-Guru Agama Johor Bhd. Atau singkatannya KOGAJ. Jam 22.05 WM kami berlepas dan sampai sekitar 22.20 WIB. Setelah menjalani proses Imigrasi dan Imbasan H1N1 kami disambut oleh Pak Bambang selaku pemandu pelancung yang sebenarnya sahabat karib kepada Profesor Dr.Nasri bin Taib Pengerusi KOGAJ. Sambil mendengar taklimat kami sempat membeli Sim Card telefon dan belajar menggunakannya. Selesai taklimat ringkas oleh Dr.Nasri dan Pak Bambang kami menaiki Bis Pariwisata tiga suku panjangnya. Dimulai bacaan Ummul Kitab dan Doa Musafir oleh Ustaz Hj.Ahmad Dhiauddin bin Hj.Salimin PPADKT, bis kami mula meluncur melalui highway bertol yang sentiasa sesak . Kami disaji makanan ringan tetapi mantap diperut sesuai dengan tulisan dikotaknya "selera Mantep"bersama air akua. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan kami dapat melihat kota Jakarta bermandikan cahaya dan penduduknya seolah tidak tidur.

Sepanjang jalan wak baca papan tanda jalan dan iklan, mengingat kembali lawatan kali pertama Wak ke Jakarta tanggal 24 Ogos 2006 yang lalu. Jakarta , Puncak Bandung itu distinasi 2006. Kini Wak serta rombongan menuju ke Bandung, Wosonobo, Jog Jakarta, Semarang dan kembali ke Mangga Dua,Jakarta. Itu impian kami untuk bershopping. Hormat mereka kepada kami kerana kita serumpun dan rupiah-rupiah berjuta dalam saku, namun tetap sinis angkara Pengebom Berani Mati NORDIN MAT TOP. Dalam siaran berita TV, mereka sentiasa mengulangi peristiwa pengeboman Hotel JWW Marriot, Jakarta, sebagai propaganda memburuk-burukkan Malaysia.
Jam 5.30 WIB kami sampai di Wosonobo mendapat penerangan dengan Koperasi Tamzis Baitut Tamwil , 15 jam setelah melalui jalan berliku dan makan siang di restoran Preng Sewu. Penerangan dan sessi dialog memakan masa menjelang waktu Maghrib. Kami solat Qasar dan Jama’ disana. Jog Jakarta 120 Kilometer lagi, tapi Wak tak dapat control mata kejap jaga kejap tidur. 22.30WIB wak sampai di Hotel Santika dan keluar semula untuk mengisi perut di KFC. Ust Dhia isi pulsa dan saya memandang sekeliling melihart gelagat anak-anak muda yang duduk melepak ditepi-tepi jalan dan atas jambatan maklumlah esok hari minggu atau hari libur.Mereka berbahasa Jawa 100 persen,Wak faham. Sambil berbual mereka menghisap rokok dan memakan kacang . Botol akua yang telah diisi air kemasan itu menjadi minuman mereka. Sepanjang jalan wak terhidu bau masam yang bukan bau kotoran sampah, tapi Air Setan yang menghayalkan. Deruman mobil dan speda motor menjadikan Jog Jakarta juga tidak tidur. Jam 2.30 pagi Wak kembali ke hotel dan tidur.

26 Julai 2009 setelah bersarapan, kami shopping di pasar Jog Jakarta dan melawat Istana Hamengku Buwono kami ke Borobudur Warisan Budaya Dunia, Kuil Hindu yang tersergam sepi. Menurut pemandu pelancung Kuil ini di ibaratkan sebagai kuil sepi kerana “Ada yang disembah tetapi tiada yang menyembah” . Penduduk sekitarnya beragama Islam. Yang datang sembahyang di Kuil tersebut ialah penganut Hindu yang datang seantero dunia. Allah yang menentukan, walaupun mereka merancang untuk memudahkan masyarakat tempatan menyembahnya tetapi Allah maha bijak mematahkan rancangan mereka…. Ikuti kisah lawatan ke Masjid Demak.