sAYa...
HJ.ALIAS BIN HARON
FELDA SUNGAI SAYONG,
KULAI, JOHOR.
Umur 48 tahun
Minat... apa yang saya buat saya minat le...
SESUATU PENEMUAN BARU
BOLEH MEMUASKAH HATI
DAPAT DIMANFAATKAN OLEH SEMUA .....
MENJANA PENDAPATAN DIRUMAH
SILA CLICK.
Pertama Menjejak Kaki di Felda Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor.
3 hb.Januari 1984, tarikh keramat yang tidak dapat saya lupakan. Pertama kali menjejakkan kaki di Felda Sungai Sayong. Sebelum ini pernah juga saya dengar nama itu melalui siaran radio yang mengumandangkan lagu-lagu dari kumpulan pancaragam 'Sayong River Five'. Rakan sekelas saya pun ada yang berasal dari Sg.Sayong.
Kurang lebih jam 5.45 petang setelah menikmati air cendol dikedai Pak Musa bersama Ustaz Nasir Anis di Felda Bukit Besar, cendol paling power dan kick, tiada tandingan ,makan dengan roti pon sodap .Pak Musa dan isterinya orang yang peramah dan cepat mesra. Setelah membayar harganya saya mula menuju kerumah sewa beliau di Felda Sungai Sayong. Fikiran saya masih teringatkan sekolah tempat saya akan bertugas pada hari esok dan seterusnya, Sekolah Agama Kg.Rantau Panjang, 4 KM dari Felda Bukit Besar melalui jalan ladang kelapa sawit yang lecak dan bercerun. "Inilah rumah sewa saya Ustaz Lias", Ustaz Nasir menunjukkan rumah sewa dua pintu sekerat batu dan berdindingkan papan, tertulis nombor rumah D-9, Jalan Sejahtera.
Dihalaman rumah, saya juga diperkenalkan dengan tuan rumah yang sangat ramah iaitu Kamaruddin bin Mustan, jawa Panchor dan isteri beliau Miskiah binti Ahmat Palil ,berasal dari kampung yang sama, berhijrah dan menetap di Felda Sungai Sayong sebagai peneroka untuk mencari penghidupan baru yang lebih selesa sejak 15 tahun yang lalu.
Bermotosikal Yamaha Y80 JAU 1858, saya bersama Ustaz Nasir Anis yang akan bertukar ke Batu Pahat, mula menjejak guru-guru agama yang bertugas dan menetap di Felda Sungai Sayong. Ustaz Samad bin Misebah (GB) Ustaz Muhammad Nor bin Osman (GP). Sekali berjumpa bagaikan dah selalu berjumpa, begitulah kalau dah jadi warga guru. Ustaz Nasir juga memperkenalkan saya dengan peneroka yang berada di kawasan kedai.
Sebelah malamnya saya dibawa bertandang dirumah Pak Din , tuan punya rumah sewa dan disambut juga isteri beliau yang lebih mesra dipanggil Mak Mis. Kami berdua dihidangkan dengan secangkir seorang teh 'O' dan biskut kering. Saya diperkenalkan dengan anak dara Pak Din yang baru lepas SPM bernama Rusnani, nama timang-timangannya Ani, Mmm cun...... "Sementara tunggu result , Ani kerja kilang Ozly di Kulai", kata Mak Mis sambil membantu Ani menghidangkan air teh 'O' yang masih samar-samar berwap.
Sambil berbahasa melayu saya sempat berbual dalam bahasa jawa kerana sahabat saya tu tak pandai cakap jawa." ngerti ngomong njowo opo ora ?, Cikgu ney ke asale wong ndi?" itulah pertanyaan yang mula-mula sekali keluar dari mulut Pak Din. " Memangey anak njowo, asale Muar, Seri Menanti " jawab saya dengan telo jawa. " Podolah, nyong pon wong njowo muar jugak tapi asale Panchor". jawab Pak Din sambil menikmati rokok daun buatan sendiri yang menghiasi bibirnya. Sungguh mesra kami berborak sehingga tidak sedar jam menunjukkan hampir 11.00 malam. Saya meminta izin untuk pulang kerumah dan masuk tidur.
Dua puluh lima tahun berlalu, saat yang berdetik selama suku abad itu sememangnya memberikan banyak pengajaran dan pengalaman .Pahit, maung suka dan duka adalah guru yang mengajar kedewasaan sesaorang.
Bersambung....